Isnin, 6 Julai 2009
Kempen JIM Selamatkan Nyawa Dengan Menderma
Kempen derma darah yang bertemakan ‘Selamatkan Nyawa Dengan Menderma’ telah diadakan di Pusat Komuniti JIM, Taman Melawati.
Program ini merupakan kempen derma darah yang pertama dianjurkan oleh JIM Pusat bersama dengan Pusat Darah Negara (PDN) dan pada hari tersebut seramai 11orang pegawai dari PDN telah hadir bersama bagi menjayakan program ini.
Tema kempen iaitu ‘Selamatkan Nyawa Dengan Menderma’ adalah selari dengan objektif kempen bagi membantu PDN mencapai sasaran mengumpul 110 ribu unit darah bagi tahun 2009. Penggunaan darah yang kian meningkat saban hari di Negara ini memerlukan penderma darah yang tinggi dari kalangan rakyat Malaysia. Justeru itu, JIM mengambil inisiatif ini bagi memberi kesedaran kepada ahli-ahli JIM serta masyarakat untuk menderma dan membantu mereka yang memerlukan.
Kempen menderma darah ini telah berlangsung selama lima jam sejak dari pukul 10 pagi sehingga 3 petang dan lebih dari 20 orang telah tampil untuk menderma. Namun demikian, hanya 15 orang layak menderma darah dengan jumlah 450ml setiap seorang. Kempen ini juga turut mendapat sambutan dari penduduk setempat selain dari ahli-ahli JIM yang datang untuk menderma darah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan