Ahad, 26 Julai 2009

Ceramah Israk wal Mikraj 1430 SMKSB



Alhamdulillah majlis tersebut telah selamat dijalankan pada 26 Julai bersamaan 4 syaaban di Dewan Terbuka SMK Sultan Badlishah. Ceramah yang telah disampaikan Al-Fadhil Ust Mutalib Maaruf buat julung kalinya dibuka kepada semua pelajr Tingkatan 1 dan 2 tanpa mengira agama.

Ustaz memulakan ceramah dengan menyatakan kepentingan sejarah yang perlu diketahui oleh semua orang termasuklah peristiwa Israk dan Mikraj ini.

Bertitik tolak daripada ayat 1 , Surah Al-Isra', ustaz menjelaskan bahawa Israk dan Mikraj ini peristiwa pelik. Sebab itulah Allah memulakan ayat ini dengan Subhanallah (Maha suci Allah). Ini bermakna dalam kehidupan kita setiap hari apabila berjumpa dengan benda pelik kita menyebut SUBHANALLAH. Seterusnya Ustaz menerangkan lagi tentang konsep pelik ini dengan memberikan contoh-contoh mudah untuk difahami. Misalnya langit yang tidak bertiang, rambut , misai dan janggut yang sentiasa panjang tetapi bulu kening dan gigi yang terhenti pertumbuhannya pada masa tertentu. penjelasan ini penting bagi menanamkan keyakinan bahawa benda pelik ini berlaku dengan kekuasaan Allah. Ini kerana Israk dan Mikrajnya Ar-Rasul SAW adalah oleh Allah (Mahasuci Allah yang memperjalankan hambanya...). Ustaz memberi satu lagi analogi mudah tentang 'ikan yang dimasuk kedalam plastik beroksigen dan dibawa manusia ke mana..'

Ustaz juga menghuraikan tentang kalimah akhir ayat tersebut iaitu 'samiun basir'. Dalam mana-mana ayat dalam Quran yang ada kalimah ini semuanya didahului dengan samiun (dengar) kemudian baru diikuti basirun (lihat). Kedua-dua anggota ini merupakan sumber ilmu dan telinga lebih utama bebanding mata sebagai sumber ilmu. Tambah ustaz ,"cuba kita bandingkan antara orang buta dengan orang pekak, mana yang lebih cerdik". Oleh itu dalam kejadian manusia ini jarang atau mungkin tiada mereka yang buta dan pekak, kerana ini akan menutup jalan masuk ilmu. penjelasan ustaz lagi tentang ini, kita hanya akan tidur apabila telinga tidak mendengar dan doktor pun memeriksa pesakit menggunakan pendengaran (stetoskop).

Antara banyak peristiwa yang berlaku dalam I&M itu, ustaz hanya menyentuh beberapa perkara sahaja memandangkan masa yang terhad ditambah lagi ustaz mempunyai program yang lebih penting selepas itu, antaranya:

1. Nabi dibelah jantung oleh Jibril di telaga Zamzam dan dimasukkan iman dan ilmu. Ini sebagai simbolik kepada kita bahawa -perjalanan hidup kita ini adalah israk dan mikraj, iaitu akhirnya kita akan bertemu Allah. Dan untuk bertemu Allah ini kita mesti membersihkan diri kita daripada sifat-sifat kotor(mazmumah).

2. Perjalanan nabi ini adalah jasad dan ruh, bukan ruh sahaja seperti dalam mimpi. Manusia akan hanya disayangi/ berharga apabila mempunyai kedua-dua unsur ini. jasad tanpa ruh, atau ruh tanpa jasad sudah tidak berguna lagi. Oleh itu sementara ruh dan jasad masih bersatu ini maka jalanilah hidup ini dengan sebaiknya mengikut arahan Allah melalui NabiNya dan KitabNya.

3. Dalam perjalanan nabi itu ada terhidu bau wangi iaitu bau kubur Mashitah (tukang sikat rambut nak Firaun... yang dalam hatinya sentiasa mengingati nama Allah... hingga apabila terlatah akan keluar kalimah Allah). Pengajarannya apabila kita dalam kehidupan di dunia ini sentiasa berbuat baik, nama kita di dunia lagi sudah disanjung, apatah lagi di akhirat.

Moga-moga kita dapat bertemu lagi pada kesempatan yang lain. Moga kita terus beramal apa yang telah disampaikan. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan