Sabtu, 9 Mei 2009

Program Keindahan Bersama Mu






Alhamdulillah program KBM 2009 untuk pelajar ting 1 dan 2 SMK Sultan Badlishah yang terpilih telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Program yang disertai oleh seramai 143 orang ( 39 lelaki + 104 perempuan)telah dimulakan pada petang Khamis 7 Mei 2009.
Ceramah Motivasi malam pertama telah disampaikan oleh PN. Chempaka Saad dari MRSM Kepala Batas. Penyampaian yang bersemangat dengan beberapa solan provokasi berjaya mencungkil kelemahan dan kekuatan pelajar Badlishah.

Program KBM yang sebenarnya bermula pada 8 Mei 2009 ,jam 9.00 pagi dengan penyerahan peserta kepada pengendali KBM iaitu Pn Maimunah Mohd Beon dari KRJ Resources , Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Negeri Kedah. Mereka mengandali program secara marathon ini sehingga 12.45 tengah hari 9 Mei 2009.

Kehadiran para waris amat menggalakkan sekitar 70% dari bilangan peserta, malahan ramai yang datang secara berpasangan. Maklum balas dari para waris amat menggalakkan dan rata-rata menyatakan berbaloi dan minta di jalankan lagi pada masa hadapan.

Kerjasama dari para guru amat mantap sekali ,lebih-lebih lagi mereka sanggup bergotong royong untuk memasak sebahagian dari makanan untuk para peserta dan ibu bapa yang hadir.Malahan ada yang berkampung di sekolah dengan bermalam untuk memudahkan persediaan memasak pada esoknya.TAHNIAH, ANDA MEMANG HEBAT. Moga Allah jua yang mampu membalasnya.


Terima kasih semua, Jazakumullahu khairan kathira di atas pengorbanan masa ,tenaga, wang ringgit dan apa sahaja demi menjayakan program ini. Moga-moga nak-anak didik kita akan menjadi anak-anak yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan