Rabu, 27 Mei 2009

Manfaat waktu cuti sekolah anak-anak


Di antara persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh ibubapa dan perlu diambil perhatian khususnya pada musim cuti persekolahan ini ialah:

1.Ibu bapa perlu membuat pemantauan dan menyusun jadual harian anak-anak supaya mereka tidak lalai dengan tanggungjawab sebagai pelajar. Tidak bererti apabila sekolah bercuti anak-anak turut bercuti daripada mengulangjkaji buku-buku pelajaran.

2.Sebagai ibu bapa yang prihatin, kita seharusnya berusaha memanfaatkan percutian ini bersama anak-anak dengan aktiviti berfaedah seperti membawa anak-anak ke perpustakaan, kem-kem motivasi atau balik ke kampung untuk menziarahi datuk nenek dan juga ahli keluarga.

3.Mengalakkan mereka supaya rajin dan berusaha dalam menuntut ilmu, samada Ilmu duniawi dan ukhrawi. Dengan adanya ilmu mereka dapat membezakan mana yang halal dan mana yang haram, mana yang hak dan mana yang batil, mana yang disuruh dan mana yang dilarang oleh Allah.

4.Ajarlah anak-anak supaya selalu bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. Peringatkan mereka dengan suasana negara-negara lain yang rakyatnya hidup menderita kerana berlakunya peperangan dan tidak dapat belajar dengan sempurna.

Marilah kita bersama-sama menjaga dan mendidik anak-anak yang diamanahkan oleh Allah kepada kita. Didiklah mereka dengan kehidupan beragama, agar mereka dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat, negara dan bakal penerus kepada perjuangan Islam yang di dokongi oleh ibu bapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan