Media massa memainkan peranan penting. Apabila diteliti terlalu kurang filem atau drama yang menayangkan cerita keluarga bahagia dan harmoni. Walaupun pengakhir-nya, si anak atau ibu bapa sedar dan bertaubat tetapi proses untuk kearah itu penuh perlakuan tidak sopan, tengking dan herdik serta bermaki hamun.
Kata Tuan Ibrahim, "Kita boleh adakan cerita yang baik. Tidak mustahil seorang anak mengajak adik-adiknya berdoa untuk kesejahteraan ayah mereka. Cium tangan ayah sebaik pulang dan balik kerja, ajak sembahyang jemaah dan sebagainya. Pelikkah kalau ibu bapa praktikkan begitu?" soalnya.
Proses pendidikan yang tidak bermoral turut mempengaruhi. Bagaimana mahu melahirkan anak-anak berakhlak jika di sekolah para guru tidak bermoral? "Selalu saya tekankan, jika baran dan marah sekalipun, tolong jangan keluarkan perkataan-perkataan celupar seperti bodoh, bengap atau dungu kepada anak murid, kerana kata-kata guru seperti emak, sebahagian daripada doa," pesannya.
Sabda nabi saw, "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukul."
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula renggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka," ujarnya.
Beliau turut menjelaskan, anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.
"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumah tangga. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup," katanya lagi.
Faktor makanan turut mengganggu jiwa anak-anak dan menjadi aktif tidak menentu. Dalam proses tumbesaran anak-anak, jenis dan mutu makanan sangat penting kerana ia menjadi darah daging.
Rasulullah pernah bersabda yang antara lain kisahnya, seo'rang budak bermain bola dan tertendang masuk ke dalam masjid. Dia masuk ke masjid dan bertembung dengan nabi, dan nabi pun menyebut anak subahat sebanyak tiga kali. Ayahnya runsing dan bertanya kenapa Rasulullah berkata begitu. Bila diperiksa rupanya faktor makanan yang dimakan oleh ayahnya mengganggu tumbesaran si anak. Ia membentuk darah daging dan air mani yang akhirnya membentuk si anak.
Makanan yang baik , pertama halal dan kedua bermutu. Duit halal atau haram turut mengkelaskan jenis makanan. Sebab itu, jika berpendapatan tetap salurkan sedekah atau membayar zakat kerana ia membersih harta. Daripada harta itulah, kita mendapatkan makanan yang akhirnya membentuk darah daging.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan