Selasa, 28 April 2009

Program Mendulang Emas-Edisi Kerohanian

PENGENALAN

Pelajar merupakan aset utama kepada negara bagi menerajui tunggak kepimpinan pada masa hadapan. Oleh itu, pelajar perlu didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab serta memerlukan kemahiran dan semangat motivasi untuk cemerlang dari sudut aqidah, ibadah, akhlak dan ilmu pengetahuan.

OBJEKTIF:

1.Memberi kesedaran dan motivasi kepada pelajar
2.Membimbing pelajar dalam mengenal tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar, ahli masyarakat dan hamba Allah
3.Membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu dalam segenap aspek
4.Membimbing pelajar menghargai diri dan menanam semangat jati diri dalam jiwa mereka

TARIKH PELAKSANAAN:

7 hingga 9 Mei 2009 – Khamis,Jumaat dan Sabtu


MASA :

6.30 petang pada 7/05/09 hingga 1.15 petang pada 9/05/09


TEMPAT:

Dewan Samsudin, Surau Al-Ehsan dan Asrama SMK Sultan Badlishah

KUMPULAN SASARAN :

Pelajar tingkatan 1 dan 2 yang beragama Islam (150 orang). Fokus kepada pencapaian rendah dalam akademik berdasarkan Peperiksaan Pertengahan Penggal 1 yang lalu ( Gred Purata 2.5 dan ke atas) dan juga pelajar yang mempunyai masalah disiplin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan