Selasa, 28 April 2009

PROGRAM MENDULANG EMAS


  1. Program mendulang Emas ini adalah merupakan satu Program induk di mana di bawah program ini beberapa program lain yang akan dijalankan bagi mencapai matlamat yang akan dibincangkan di bawah nanti. Antara program yang akan dijalankan dibawah Program Mendulang Emas ini adalah seperti di bawah:
    -Kelas Pemulihan Terancang (bagi setiap matapelajaran teras)
    -Program Keindahan Bersama Mu (KBM)
    -Lawatan Motivasi

  2. Program Mendulang Emas telah dirancang berdasarkan rasional-rasional di bawah:
    Perlunya satu program khas yang ditumpukan kepada pelajar yang dianggap tidak memenuhi potensi individu di dalam Peperiksaan Pertengahan Penggal 1.
    Hasil daripada sesi Post Mortem yang diadakan pada 15 April yang lalu, satu kesimpulan telah dibuat iaitu satu tindakan drastik perlu diadakan bagi membantu pelajar-pelajar yang gagal memenuhi potensi diri untuk meningkat pencapaian akademik di masa hadapan. Daripada analisa yang telah dijalankan, seramai 79 orang pelajar Tingkatan 1 yang mendapat Gred Purata yang melebihi 2.0 manakala bagi pelajar Tingkatan 2 seramai 134 orang. Adalah menjadi harapan semua guru sesi Petang agar semua pelajar yang terbabit akan menunjukan peningkatan prestasi pada peperiksaan akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan