Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
-Bersikap profesional.-Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.-Kaya ilmu.-Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.-Bermoral teguh.-Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.-Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.-Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.-Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.-Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul -pada setiap masa.-Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.-Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.-Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.-Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).-Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.-Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.-Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam organisasi? Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciri-ciri tersebut. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan