Selasa, 28 April 2009

Mohon wujudkan Blog

Seperti yang diminta dalam mesyuarat yang lalu, setiap guru diminta mewujudkan blog masing-masing.

Kandungan blog sekurang-kurangnya ada jaringan dengan laman/blog yang ada kaitan dengan mata pelajaran yang diajar.

Tarikh akhir menyiapkan blog masing-masing adalah pada 15 mei 2009. Kepada mereka yang sudah mempunyai blog sila emaikan kepada saya URL (alamat blog) kepada saya:
non2000lebai@yahoo.com atau zalh1963@gmail.com

Moga 16 mei yang bakal disambut nanti saya akan mempunyai semua jaringan blog guru-guru sesi petang.

SAYA YAKIN ANDA BOLEH...INSYAALLAH.

Program Mendulang Emas-Edisi Kerohanian

PENGENALAN

Pelajar merupakan aset utama kepada negara bagi menerajui tunggak kepimpinan pada masa hadapan. Oleh itu, pelajar perlu didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab serta memerlukan kemahiran dan semangat motivasi untuk cemerlang dari sudut aqidah, ibadah, akhlak dan ilmu pengetahuan.

OBJEKTIF:

1.Memberi kesedaran dan motivasi kepada pelajar
2.Membimbing pelajar dalam mengenal tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar, ahli masyarakat dan hamba Allah
3.Membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu dalam segenap aspek
4.Membimbing pelajar menghargai diri dan menanam semangat jati diri dalam jiwa mereka

TARIKH PELAKSANAAN:

7 hingga 9 Mei 2009 – Khamis,Jumaat dan Sabtu


MASA :

6.30 petang pada 7/05/09 hingga 1.15 petang pada 9/05/09


TEMPAT:

Dewan Samsudin, Surau Al-Ehsan dan Asrama SMK Sultan Badlishah

KUMPULAN SASARAN :

Pelajar tingkatan 1 dan 2 yang beragama Islam (150 orang). Fokus kepada pencapaian rendah dalam akademik berdasarkan Peperiksaan Pertengahan Penggal 1 yang lalu ( Gred Purata 2.5 dan ke atas) dan juga pelajar yang mempunyai masalah disiplin

PROGRAM MENDULANG EMAS


  1. Program mendulang Emas ini adalah merupakan satu Program induk di mana di bawah program ini beberapa program lain yang akan dijalankan bagi mencapai matlamat yang akan dibincangkan di bawah nanti. Antara program yang akan dijalankan dibawah Program Mendulang Emas ini adalah seperti di bawah:
    -Kelas Pemulihan Terancang (bagi setiap matapelajaran teras)
    -Program Keindahan Bersama Mu (KBM)
    -Lawatan Motivasi

  2. Program Mendulang Emas telah dirancang berdasarkan rasional-rasional di bawah:
    Perlunya satu program khas yang ditumpukan kepada pelajar yang dianggap tidak memenuhi potensi individu di dalam Peperiksaan Pertengahan Penggal 1.
    Hasil daripada sesi Post Mortem yang diadakan pada 15 April yang lalu, satu kesimpulan telah dibuat iaitu satu tindakan drastik perlu diadakan bagi membantu pelajar-pelajar yang gagal memenuhi potensi diri untuk meningkat pencapaian akademik di masa hadapan. Daripada analisa yang telah dijalankan, seramai 79 orang pelajar Tingkatan 1 yang mendapat Gred Purata yang melebihi 2.0 manakala bagi pelajar Tingkatan 2 seramai 134 orang. Adalah menjadi harapan semua guru sesi Petang agar semua pelajar yang terbabit akan menunjukan peningkatan prestasi pada peperiksaan akan datang.

Guru Berkesan




Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
-Bersikap profesional.-Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.-Kaya ilmu.-Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.-Bermoral teguh.-Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.-Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.-Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.-Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.-Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul -pada setiap masa.-Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.-Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.-Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.-Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).-Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.-Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.-Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam organisasi? Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciri-ciri tersebut. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang?

hadis- siapa majoriti penghuni syurga dan neraka

Daripada Ibn Abbas dan 'Imran bin Hussain r.'anhuma bahawasanya R.SAW bersabda:

"Aku melihat ke dalam Syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang yang faqir miskin.

Dan akau melihat ke dalam Neraka, maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada golongan perempuan. "

link matematik

http://www.primaryresources.co.uk/maths/maths.htm
This website provide a good range of links to other useful sites on Mathematics.

http://www.echalk.co.uk/Maths/maths.htm
This website provides some Interactive Resources that engage pupils in self-directed learning.

http://www.aaaknow.com/
This website illustrate and provide interactive arithmetic exercises and problems.

http://www.k111.k12.il.us/king/math.htm
A website with extensive links to Maths activities.

http://www.oswego.org/staff/cchamber/techno/games.htm
This website allows you to create your own interactive Maths games.

http://www.bbc.co.uk/schools/websites/4_11/site/numeracy.shtml
A useful website that contains interesting Maths activities.

http://homepages.which.net/~jenny.murray/teaching.htm
A website with extensive links to Maths activities and games.

motivasi

If:
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If:
H-A-R-D-W-O- R- K
8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

And:
K-N-O-W-L-E- D-G-E
11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%

But:
A-T-T-I-T-U- D-E
1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

THEN,
look how far the love of God will take you:
L-O-V-E-O-F- G-O-D
12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%