Khamis, 24 September 2009

Aidil Fitri Di Kulim Square 1430







Aidil Fitri tahun ini mencatat sejarah apabila buat julung kalinya Solat sunat Aidil Fitri dapat didirikan di Surau Al-Islah Kulim Square.

Solat Sunat didirikan pada jam 8.30 pagi iaitu setengah jam lebih awal dari masa yang ditetapkan oleh JAIK. Selepas khutbah hari raya diadakan pula sumbangan duit raya kepada kanak-kanak oleh JK surau dan juga beberapa individu tertentu.

Jamuan hari raya turut diadakan di pekarangan surau dengan juadah dibawa oleh setiap warga Kulim Square yang datang bersolat hari Raya. Jumlah kehadiran adalah di luar jangkaan , apabila surau yang boleh menampung seramai 200 orang anak jamaah telah dipenuhi sejak jam 8.00 pagi lagi.

Komen beberapa ahli jamaah, bahawa kita akan terus melaksanakan pada tahun-tahun hadapan, InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan