Jumaat, 25 September 2009

Konferensi waris Ke-3 Ting 1 dan 2 -2009





Konferensi kali ini diadakan pada waktu yang agak berbeza daripa KW 1 dan KW 2 kerana dibuat pada jam 4-5 petang hari terakhir sekolah dalam bulan Ramadhan dan dalam mood sambutan Aidil Fitri.

Walau apapun sambutan waris agak menggalakkan walaupun hujan turun agak lebat setelah setengah jam KW bermula. Selepas konferensi, pelajar boleh terus balik bersama waris. Ini adalah untuk memudahkan urusan para waris, lebih-lebih lagi bagi penghuni asrama.

Terima kasih kepada semua waris dan kami berharap kerjasama ini berterusan demi kejayaan anak-anak kita.

Khamis, 24 September 2009

Majlis Taklimat Sambutan Aidil Fitri SMKSB Sesi Petang






Majlis ini diadakan di Surau Al-Ehsan padahari Khamis 17 September 2009 untuk semua warga Muslim sesi patang , guru dan juga pelajar. majlis yang bermula jam 12.30 tengha hari itu di mulakan dengan cara-cara menyambut Aidil Fitri oleh Ustaz Mohd Najib mahmood.

Kemudian diikuti dengan ucapan Selamat Hari Raya oleh wakil pelajar Tingkatan 1 dan 2 serta guru dan dakhiri dengan ucapan oleh PK Petang.

Selepas itu semua pelajar sembahyang Zohor berjamaah dan diikuti majis bersalam-salaman memohon kemaafan sesama pelajar dan juga guru.

Majlis Sumbangan Aidil Fitri 1430



Alhamdulillah majlis sumbangan untuk golongan kurang bernasib baik telah dilaksanakan pada hari Jumaat terakhir Ramadhan.Sumbangan pertama di laksanakan dari rumah ke rumah di sekitar Kg Air Merah sebanyak 6 orang, kebanyakan ibu tuggal yang ketiadaan waris.Rombongan penyerahan seramai 5 orang yang diketuai oleh Pengerusi BKS En Mohd zakuan Abu Bakar . Turut serta Pengerusi BKSI Ust Azhar Mansor dan ahli BKSI iaitu Cikgu Non, Cikgu Sanusi dan Cikgu Awi.Selepas itu rombongan bergerak ke Padang Serai untuk sumbangan di Kg Teluk Binu sebanyak 10 orang, juga ibu tunggal.

Sumbangan adalah dari ahli-ahli Badan Kebajikan Staf Islam SMK Sultan Badlishah. Jumlah yang terkumpul melebihi RM 5K. Sebanyak RM 2.3K diagihkan kepada fakir miskin di Kawasan Pokok Sena di bawah inisiatif PK Petang. Selebihnya diagihkan di sekitar kawasan Kulim.

Sumbangan yang diberi kepada penerima adalah barangan keperluan harian (beras, gula, kopi, teh, minyak masak, susu, beras ketupat) dan wang tunai RM50.00. Ini bermakna setiap penerima mendapat barangan dan wang tunai berjumlah melebihi RM 100.00.

Moga-moga usaha murni ini dapat dilaksanakan lagi pada Ramadhan tahun hadapan Insyaallah.

Takbir Rumah ke Rumah Malam Raya di Kulim Square




Alhamdulillah, majlis yang dirancang sejak pertengahan Ramadhan lalu telah berjaya di laksanakan. Ini merupakan kali kedua dijalankan setelah tahun lepas dijalankan hanya melibat 2 atau 3 buah rumah sahaja.

Namun pada tahun ini melibatkan lebih 20 buah rumah yang bermula selepas solat Isyat dan berakhir hampir jam 1.00 pagi. Apa yang lebih menggembirakan , program ini turut disertai oleh warga kampung sekitar Kulim Square.

Disamping bertakbir, pihak tuan rumah juga meyediakan berbagai juadah untuk tetamu. Akan tetapi perut tidak dapat menerimanya, hanya setakat menjamah sedikit untuk meraikan tuan rumah. Mungkin tahun hadapan, tuan rumah tidak perlu menyediakan juadah lagi. kalau hendak sedia juga boleh berkongsi mengikut lokasi suapaya tidak banyak makanan disediakan.

Kita rugi AS$300 bilion akibat rasuah



Pengguna seluruh dunia dikenakan bayaran berlebihan kira-kira AS$300 bilion kerana rasuah menaikkan kos projek sebanyak sekurang-kurangnya 10 peratus, demikian menurut satu laporan yang dikeluarkan hari ini oleh Transparency International (TI).

Laporan itu, Laporan Rasuah Global 2009: Rasuah dan Sektor Swasta (GCR), menyebut bahawa 300 kartel swasta antarabangsa didapati mengenakan bayaran berlebihan kepada pengguna berjumlah AS$300 bilion dari 1990 hingga 2005.

Selain itu, rasuah bagi pegawai dan ahli politik yang menerima suapan di negara membangun berjumlah sehingga AS$40 bilion setahun, manakala syarikat terpaksa membayar berbilion-bilion denda sejak dua tahun lepas disebabkan amalan seumpama itu.

Laporan itu juga mengketengahkan aspek kebimbangan lain seperti kekurangan semak dan imbang dalam pengaruh politik bagi beberapa syarikat berkuasa dan sektor perniagaan serta perolehan kakitangan yang besar antara kerajaan dan perniagaan.

"Mendasarkan masa depan sesebuah syarikat atau dana kepada hubungan peribadi dan sistem yang tidak dapat dijangka atau beroperasi tanpa sebarang pengawasan dan pertanggungjawapan adalah laluan yang dijamin membawa kepada kegagalan," kata Pengerusi TI, Huguette Labelle dalam satu kenyataan di Petaling Jaya hari ini.

TI berkata syarikat-syarikat yang mengguna pakai program anti rasuah dan garis panduan etika didapati 50 peratus kurang berdepan kes rasuah dan tidak dijangka kehilangan peluang perniagaan berbanding syarikat yang tidak mengguna pakai amalan itu.

Ia berkata selain berdepan risiko perniagaan, implikasi amalan rasuah membawa kepada pembaziran sumber serta hasil kerja yang kurang elok yang boleh membahayakan nyawa.

"Menyemai budaya integriti korporat penting bagi melindungi pelaburan dan juga meningkatkan kejayaan perniagaan," kata Labelle.

"Memenangi anti rasuah bermakna menambah kepada keuntungan. Sudah sampai masanya perbadanan menangani risiko membayar berjuta-juta denda dan kehilangan kepercayaan daripada pelanggan dan pemegang saham mereka," katanya. BERNAMA

Aidil Fitri Di Kulim Square 1430







Aidil Fitri tahun ini mencatat sejarah apabila buat julung kalinya Solat sunat Aidil Fitri dapat didirikan di Surau Al-Islah Kulim Square.

Solat Sunat didirikan pada jam 8.30 pagi iaitu setengah jam lebih awal dari masa yang ditetapkan oleh JAIK. Selepas khutbah hari raya diadakan pula sumbangan duit raya kepada kanak-kanak oleh JK surau dan juga beberapa individu tertentu.

Jamuan hari raya turut diadakan di pekarangan surau dengan juadah dibawa oleh setiap warga Kulim Square yang datang bersolat hari Raya. Jumlah kehadiran adalah di luar jangkaan , apabila surau yang boleh menampung seramai 200 orang anak jamaah telah dipenuhi sejak jam 8.00 pagi lagi.

Komen beberapa ahli jamaah, bahawa kita akan terus melaksanakan pada tahun-tahun hadapan, InsyaAllah.

Khamis, 10 September 2009

AIR MATA RASULULLAH

Tak bosan-bosan rasanya membaca kisah ini...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii, ummatiii? ' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.

Rabu, 9 September 2009

Iktikaf-Paltfom Terbaik Memburu Lailatul Qadar

1. Definisi

Bahasa : Iltizam ( komitmen) dalam melakukan sesuatu pekerjaan

Syarak : tinggal di masjid yang dilakukan orang tertentu dengan niat yang tertentu. Niat tersebut adalah mendekatkan diri kepada allah.

2. Hukum Iktikaf

Hukum Iktikaf adalah sunat. Ibnu al-Munzir menyebut : “para ulama bersepakat bahawa iktikaf adalah sunnah kerana Nabi SAW melakukannya dan melaziminya, isteri-isterinya juga ikut melakukan iktikaf bersamanya dan melakukannya setelah wafat”. Iktikaf menjadi WAJIB jika bernazar.

Nabi beriktikaf setiap bulan Ramadhan selama 10 hari dan pada tahun kewafatan baginda selama 20 hari. ( Riwayat Bukhari, Abu Daud dan Ibn. Majah)

Iktikaf menjadi sunnah muakkad jika dilakukan di bulan Ramadhan terutama pada 10 terakhir Ramadhan.

3. Waktu Iktikaf

Boleh dilakukan sepanjang masa dan waktu. Masanya boleh satu hari tanpa malamnya atau satu malam tanpa siang. Dalam mazhab Hanafi dan Maliki yang meletakkan puasa sebagai syarat sah iktikaf menyatakan waktu yang pendek di dalam melakukan iktikaf adalah satu hari.
Iktikaf bagi orang yang wajib ikut masa yang dinazarkan.
4. Syarat-Syarat Iktikaf

4 syarat utama iktikaf iaitu niat, tinggal (duduk ) di dalam masjid, orang yang beriktikaf Islam, berakal, suci dari Haid dan nifas dan berjunub, di masjid . Masjid Jami adalah awla (utama) dilakukan iktikaf. Ini disyaratkan oleh Az-Zuhri dan As-Syafie ( Qaul qadim).
Bagi wanita hendaklah meminta izin suaminya, manakala hamba meminta izin dari tuannya.
Ulama berselisih pendapat dalam mensyaratkan puasa sebagai syarat sah iktikaf tetapi majoriti ulama menyatakan ia bukan syarat sah iktikaf. Disunatkan puasa ketika beriktikaf berdasarkan Nabi SAW beriktikaf pada 10 akhir Ramadhan.
5. Masjid yang sah dibuat Iktikaf

Menurut Hanafi, Ahmad, Ishak dan Abu Tsaur : Masjid yang sah dibuat iktikaf adalah yang dibuat solat lima waktu dan didirikan jamaah.
Malik, Syafie dan Daud pula mengatakan sah dibuat iktikaf pada setiap masjid tanpa membataskannya. Tetapi mengikut pandangan As-Syafieyyah, lebih afdal atau utama di masjid Jami ( dibuat Jumaat).
Isteri nabi SAW melakukan iktikaf di masjid Nabawi.
Ulama bersepakat lelaki beriktikaf di masjid manakala bagi wanita berlaku perselisihan pandangan dikalangan para ulama.
Orang yang bernazar tidak boleh niat iktikaf pada masjid tertentu kecuali pada Masjid Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa.
6. Waktu Mula dan Akhir Iktikaf

Siapa yang bernazar untuk melakukan iktikaf selama satu hari atau beberapa hari atau melakukan iktikaf sunnah, hendaklah dia masuk sebelum terbit fajar kemudian keluar apabila matahari tenggelam.
Jika bernazar iktikaf satu malam atau beberapa malam, maka hendaklah ia masuk sebelum matahari tengggelam semuanya kemudian keluar ketika terlihat fajar terbit.
Jika nazar iktikaf selama sebulan atau iktikaf sunnah, maka awal bulan adalah awal malamnya. Dia masuk sebelum matahari tenggelam semuanya dan keluar apabila matahari tenggelam pada akhir bulan tersebut.
Di bulan Ramadhan pada 10 terakhir , maka dia harus masuk sebelum tenggelam matahari pada malam kedua puluh satu. (riwayat Mazhab Hambali), Riwayat kedua setelah solat Subuh.Ibn Hazam pula menyatakan sebelum tenggelam matahari pada malam 19 Ramadhan. Semuanya harus keluar setelah tenggelam matahari pada akhir ramadhan.
7. Perkara-perkara sunat dan makruf ketika iktikaf

Mazhab Syafie : orang yang beriktikaf sebaiknya menyibukkan diri dengan pelbagai ketaatan kepada Allah seperti solat, zikir, tasbih, membaca al-quran, menyibukkan diri dengan ilmu, mengajar, belajar, menelaah dan menulis buku ( berdakwah). (Kitab al-Majmuk)
Ibn Qudamah di dalam kitab al-Mughni pula menganjurkan supaya dikerjakan solat, tilawah Quran, zikir dan ketaatan mahdhah. Ada pun mengajar al-Quran, ilmu, diskusi dan belajar bersama fuqaha, menulis hadis dan lain-lain yang bermanfaat tidak digalakkan. Ini juga disokong oleh pendapat Imam Ahmad.
Pandangan yang kuat dalam masalah ini ialah menyibukkan diri dengan ibadat seperti solat, zikir, membaca al-Quran, memikirkan akhirat dan persoalan agama, doa dan istighfar.
Dibolehkan kita melakukan hal-hal yang bermanfat kepada orang lain seperti mengajar, berdakwah, diskusi atas untuk keperluan selebihnya kembali kepada konsep asal iaitu menyibukkan diri untuk beribadah.
Makruh di dalam beriktikaf seperti melakukan hal-hal yang tidak perlu sama ada berupa perkataan atau perbuatan seperti mengumpat,bercakap keduniaan dan sebagainya.
8. Perkara yang diharuskan semasa beriktikaf

Antara perkara yang boleh dilakukan semasa iktikaf seperti keluar iktikaf kerana menghantar ahli keluarga berdasarkan riwayat Safiyyah. (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud).
Begitu juga menyisir rambut, berwangi-wangian, memotong kuku, membersihkan tubuh, memakai pakaian yang terbaik.
Dibolehkan makan minum, tidur, melakukan transaksi, perjanjian jual beli, akad nikah dan lain-lain lagi.
Dibolehkan keluar iktikaf untuk keperluan yang tidak dapat dielakkan seperti membuang air besar,melunaskan keperluan orang yang dibawah jagaannya,muntah tanpa keluar dari masjid dalam tempoh tidak lama,menjenguk orang sakit, menguruskan jenazah atas keperluan.
Jika ada program sumbangan anjuran ISMA untuk membantu fakir miskin, melawat hospital atas keperluan, maka ia dibolehkan.
Adapun bagi orang yang iktikaf nazar maka tidak dibenarkan menziarahi orang sakit, menjenguk jenazah dan berta’ziah
9. Perkara-perkara yang membatalkan iktikaf

Keluar dari masjid tanpa ada keperluan walau hanya sebentar.
Murtad
Hilang akal
Berjimak
Keluar haid dan nifas.
10. Iktikaf Wanita

Iktikaf wanita bergantung kepada izin suami. Iktikaf tidak wajib ke atas isteri sehingga suami mempunyai hak untuk melarangnnya.( Iktikaf sunnah)
Jika iktikaf nazar dengan mendapat kebenaran suami pada waktu tertentu, maka isteri boleh masuk ke tempat iktikaf tanpa perlu dapatkan izin baru atau khusus dari suami.
Jika iktikaf nazar dengan mendapat kebenaran suami pada tanpa waktu tertentu, maka isteri tidak boleh memulakan waktu iktikaf kecuali dengan izin suaminya.
Apabila suami memberikan izin pada isteri melakukan iktikaf, maka dia tidak berhak mencabut izin tersebut baik iktikaf sunnah atau wajib . ( pendapat yang kuat)
Menurut Mazhab Hanafi : wanita boleh melakukan iktikaf di masjid manapun sebagaimana dia dibolehkan untuk melakukan iktikaf di masjid rumahnya. Namun, dia tidak dibolehkan untuk melakukan iktikaf di rumahnya di luar masjid di rumahnya atau di tempat yang disediakan untuk melakukan solat.
Mazhab Hambali dan Syafie pula : Wanita dibolehkan untuk melakukan iktikaf di masjid yang tidak digunakan untuk melakukan solat jamaah. Mereka tidak boleh melakukan iktikaf di masjid rumahnya kerana ia adalah ibadat yang dikhususkan dilakukan di masjid.Pendapat yang kuat adalah pandangan Hanafi. Wanita boleh beriktikaf di tempat solat di dalam rumahnya. (tempat yang khusus solat di dalam rumah).
11. Iktikaf Nazar

Jika seorang bernazar untuk beriktikaf pada tempoh tertentu secara berturut-turut maka dia tidak boleh keluar dari masjid kecuali dengan tujuan tertentu.
Sekiranya keluar tanpa keuzuran untuk perkara yang bukan dharuri maka hukumnya haram, iktikafnya terputus dan wajib memulakan iktikaf baru.
Sekiranya dia bernazar untuk iktikaf dengan puasa maka dia mesti melakukannya dan ia adalah paling baik baginya.
Sekiranya bernazar menentukan masjid tertentu untuk beriktikaf, maka tidak wajib beriktikaf di masjid itu.
Jika dia terbatal, maka diwajibkan dia menyempurnakan bilangan hari iktikaf yang tersisa . (iktikaf yang tidak disyaratkan secara berturut-turut beberapa hari).
Jika dia mensyaratkannya secara berturut-turut , maka dia harus melakukannya sekaligus secara berturut-turut.
Petunjuk Nabi SAW di dalam beriktikaf :

Dari Ibn Umar r.a telah berkata : “Adalah baginda Rasulullah SAW beriktikaf sepuluh akhir Ramadhan.” ( Muttafaquh alaih)

Daripada Aishah r.a bahawa Nabi SAW beriktikaf pada 10 terakhir dari Ramadhan sehingga diwafatkan Allah, kemudian diteruskan isteri-isteri baginda.. ( muttafaqun alaih)

Daripada Abi Hurairah r.a telah berkata : ” Bahawa Nabi SAW beriktikaf pada setiap kali Ramadhan pada 10 hari, tetapi beriktikaf 20 hari pada tahun baginda diwafatkan”. ( Riwayat al-Bukhari).

Daripada Aishah r.a telah berkata : ” Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir ramadhan , baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan)” . ( Muttafaqun alaih)

dari blog maalimfittariq