Selasa, 3 November 2009

KERJA ITU IBADAH


Pada dasarnya ibadah boleh dibahagikan kepada tiga iaitu; ibadah asas (fardhu ain), ibadah sunat (fadhailul amal)dan ibadah umum (fardu kifayah).

Ibadah asas ini diwajibkan kepada setiap mukallaf iaitu mempelajari,memahami,meyakini dan mengamalkan Rukun Iman dan Rukun Islam. Dinamakan ibadah asas kerana ia menjadi asas kepada ibadah-ibadah yang lain.

Ibadah sunat pula ialah mengerjakan amalan-amalan sunat seperti solat sunat, berzikir,puasa sunat, membaca al-quran yang bersifat 'extra'. Mempunyai dua fungsi iaitu menampung kekurangan yang pasti berlaku dalam ibadah asas dan keduanya untuk mendapat kasih sayang Allah.

Ibadah umum pula adalah seluruh perlakuan, tindakan dan aktiviti selain daripada ibadah asas dan sunat. Ibadah inilah yang memberi rupa bentuk kepada kesyumulan Islam.

syarat-syarat dalam ibadah umum:
-niat melakukan yang baik
-pastikan apa yang hendak dilakukan sah di sisi syarak
-pelaksanaannya betul
-dilakukan secara optimum dan bersungguh-sungguh
-tidak meninggalkan ibadah asas
-natijah yang baik

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu".az-zariyat -56

Tiada ulasan:

Catat Ulasan