Khamis, 31 Mei 2012
KITA ADALAH PEMIMPIN
BANDAR SERI PUTRA - Memilih tema yang tepat tatkala ummah dilanda pelbagai krisis kepemimpinan, dan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan memilih barisan pemimpin yang akan mengemudi negara, Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menghuraikan dengan tegas dan berani erti kepemimpinan sebenar dan harapan yang tinggi kepada ahli-ahli teras wanita Ikram.
Beliau menegaskan, wanita Ikram adalah pendakwah dan pendakwah adalah pemimpin dalam masyarakat. Wanita mesti mengambil tanggungjawab memimpin tanpa berhelah lagi. Satu peringatan yang menusuk minda, akal dan hati seluruh ahli teras wanita.
“Tidak perlu diragui, tidak perlu melarikan diri dan tidak perlu berhelah lagi,” ujar Ustazah Maznah Daud dalam ucapan utamanya di Perhimpunan Ahli Teras Wanita Ikram (PATWA) Ke-2 di sini semalam.
Seramai 360 orang ahli teras wanita Ikram dari negeri-negeri di seluruh Malaysia mendengar amanat Ketua Wanita Ikram ini dengan penuh tekun dan bersemangat. Ahli-ahli teras wanita ini adalah barisan pimpinan yang menjadi tulang belakang kepada pengoperasian seluruh usaha dakwah dalam masyarakat bagi sayap wanita Ikram.
PATWA dilaksanakan sebagai satu keperluan undang-undang tubuh kepada sayap wanita Pertubuhan Ikram. Pada kali ini, PATWA diadakan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangorn di sini.
Sambil memetik ayat daripada surah al-Baqarah ayat 143, Ustazah Maznah mengingatkan ahli teras bahawa pendakwah telah ditunjuki Allah dengan jalan yang lurus yang menjadikan mereka umat pilihan. Dengan demikian, ia melayakkan mereka memberi keterangan kepada umat manusia tentang kebenaran.
Sebagai pemimpin tempat ummah bergantung harap, Ketua Wanita mengingatkan ahli teras supaya memiliki wawasan dan sentiasa merujuk kepada Perancangan Ikram yang dibangunkan bersama dalam melaksanakan kepemimpinan.
Para Peserta Wanita IKRAM semasa PATWA 2012
Seterusnya Ketua Wanita memberi empat ciri keunggulan yang perlu ada kepada ahli teras yang memimpin seperti mana yang Allah SWT ungkapkan dalam surah al-Maidah ayat 54 hingga 56.
Ciri-ciri tersebut adalah menjadi golongan yang dikasihi Allah ; bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir; berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela; dan wala’ hanya kepada Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman.
“Inilah ciri-ciri yang mesti digarap oleh setiap ahli teras wanita Ikram agar perancangan yang disusun, wawasan yang dikejar dan hadaf yang dituju tidak terbengkalai begitu saja. Namun, ciri-ciri keunggulan yang dijanjikan kemenangan ini tidak akan terbina tanpa kefahaman, penghayatan dan pembinaan yang berterusan,” tegas beliau lagi.
Mengakhiri ucapan, Ustaz Maznah mengajak para ahli untuk beramal bukan sekadar memahami. “Sesungguhnya segala perancangan, impian dan harapan akan tinggal terkurung di dalam dada atau terpahat di atas kertas selagi mana diri kita tidak bangkit untuk beramal demi mencapai impian dan melaksanakan perancangan tersebut.
“Kehadiran kita ke PATWA pada hari yang bersejarah ini bukan hanya sekadar untuk berhimpun, bertanya khabar, mendengar ucapan, meneliti laporan, kemudian pulang. Kita berhimpun untuk saling mengingati, membaharui bai’ah dan janji, muhasabah dan koreksi diri. Tiada kelebihan bagi yang berucap dan yang mendengar ucapan kecuali dengan takwa dan amal.”
Selepas dua tahun muncul, ahli Ikram diseru lipatgandakan usaha
BANDAR SERI PUTRA - Dua tahun selepas kemunculan di persada gerakan dakwah dan kepemimpinan masyarakat, ahli teras Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) diseru untuk melipatgandakan amal dan usaha, pengorbanan, jihad dan ijtihad untuk menegakkan Islam.
Presiden Ikram, Ustaz Dr Mohd Parid bin Sheikh Hj Ahmad mengajak ahli teras “membawa harapan yang akan terbuka luas, memudahkan usaha pembaikan, memacu umat bergerak ke hadapan, membangunkan keupayaan, merebut peluang membangunkan masa depan yang cemerlang, mengangkat negara maju ke hadapan, ummah ke arah kemuliaan, kemenangan dan kegemilangan sejarah, insya-Allah.”
Ustaz Dr Mohd Parid memberi penegasan ini ketika menyampaikan ucap utama bertajuk “Bergerak Ke Hadapan Merealisasikan Harapan” dalam Perhimpunan Ahli Teras (PAT) Ikram di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, di sini hari ini yang dihadiri oleh 902 ahli teras Ikram dari seluruh Malaysia.
PAT adalah perhimpunan tahunan khas untuk ahli teras bagi mendengar amanat tahunan Presiden selain platform bagi ahli teras bermuhasabah, berkongsi idea dan memperbaiki prestasi Ikram. PAT dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan perlembagaan Ikram.
Presiden juga mengingatkan bahawa perubahan ini menuntut kita memperkemas tanzim dan gerak kerja dalaman dan kemudian bergerak di tengah-tengah medan di luar dalam pelbagai bidang.
Beliau memetik ayat 77 dan 78 surah al-Hajj:
"Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah, dan beribadatlah kepada Tuhan kamu, serta kerjakanlah amal-amal kebajikan, supaya kamu berjaya.
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya; Dialah yang memilih kamu; dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu 'orang-orang Islam' sejak dahulu dan dalam (al-Quran) ini, supaya Rasulullah menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia.
Oleh itu, dirikanlah sembahyang dan berilah zakat serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatnya), Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi Pertolongan.”
Bagi menjana kejayaan Ikram dalam jangka masa empat tahun akan datang, Presiden mengemukakan sembilan inisiatif strategik yang berikut:
Pertama, membangunkan kesedaran umum masyarakat dan ummah di Malaysia yang akan menjadikan mereka celik Islam dan celik isu-isu semasa serta mendukung agenda Ikram ke arah pemulihan ummah, pembangunan masyarakat dan pembaikan pengurusan negara.
Presiden IKRAM memberi ucaputama semasa PAT 2012
Kedua, melipatgandakan usaha-usaha ke arah membangunkan dakwah dan penggerak perjuangan, barisan pelapis kepimpinan, ilmuan, duat dan murabbi seramai-ramainya daripada setiap lapisan generasi.
Ketiga, mempercepat kemunculan tokoh-tokoh pimpinan Ikram dalam arena kepemimpinan negara.
Keempat, meningkatkan dan merancakkan konstruktif (engagement) kita dengan ummah dan masyarakat majmuk di Malaysia.
Kelima, mempergiat usaha-usaha dakwah non-Muslim, memperkenalkan Islam yang benar dan menyeluruh kepada mereka.
Keenam, menggerakkan agenda politik, ekonomi, sosial bentuk baru dalam kehidupan ummah dan masyarakat Malaysia. Sistem-sistem baru dan budaya-budaya baru yang lain dari sistem-sistem dan budaya sedia ada.
Ketujuh, memanfaatkan teknologi media massa sepenuhnya bagi memperluas usaha dakwah dan pendidikan ummah dan masyarakat, menyebar luas pandangan Islam serta menjelaskan pendirian syariah berhadapan dengan semua isu kehidupan perseorangan, bermasyarakat dan bernegara.
Kelapan, penyedian dana yang cukup bagi menampung keperluan perjuangan yang meningkat dan berkembang pesat.
Kesembilan, penampilan ahli-ahli IKRAM yang ketara sebagai manusia contoh, role-model yang membayangkan susuk Pertubuhan Ikram Malaysia sendiri, sebagai sebaik-baik umat, dengan kelainan dan keistimewaan yang jelas, sebagai anggota yang memiliki peradaban, akidah yang benar, hala tuju hidup yang jelas serta akhlak yang mulia.
Para perwakilan yang hadir ke PATWA 2012
Ustaz Dr Mohd Parid dalam ucapannnya juga banyak menyentuh isu penambahbaikan organisasi, portfolio JKP, perancangan dan aktivii Ikram, pergolakan dalam negara dan perkembangan politik antarabangsa.
Akhirnya, selain memacu usaha pembaikan dan dakwah, Presiden juga mengingatkan ahli akan tanggungajawab mencegah kerosakan dalam masyarakat.
"Semoga kita (dapat) mengangkat kezaliman dari pundak-pundak rakyat yang teraniaya, kemiskinan dari bahu-bahu rakyat yang menderita, mengangkat penipuan tegar daripada sistem pilihan raya dan kemunduran dari laluan negara, berupaya menyingkirkan kelompok penguasa yang sudah lama hanyut dibuai nafsu dan keangkuhan, diperdaya golongan yang mengambil kesempatan.”
Seperti pada tahun lalu, PAT 2012 dikendalikan oleh Ikram Wilayah Persekutuan dengan sokongan dan kerjasama penuh daripada Ikram Selangor. Pengarah PAT 2012 ialah Profesor Dr Sahrim Hj Ahmad, YDP Ikram Wilayah Persekutuan.
WAWANCARA DENGAN ISTERI BAKAL PRESIDEN MESIR
Semakin besar harapan Dr. Muhammad Mursi untuk meraih kemenangan dalam pilihanraya presiden pertama secara bebas di Mesir, semakin ramai orang yang berminat untuk mengetahui tentang isteri beliau di mana beliau dalam sebuah wawancara di salah sebuah stesen televisyen menyebut bahwa isterinya banyak memberi pengaruh terhadap prestasi besar yang diraih dalam kehidupannya dan sangat berperanan baginya untuk mewujudkan berbagai kejayaan sehingga mendapatkan sokongan rakyat bagi dicalonkan untuk menjadi presiden Mesir.
Nama isteri beliau adalah Najla Mahmud. Dilahirkan pada tahun 1962 di desa Ain Syams, timur Kaherah. Setelah berkahwin, dia ikut suaminya tinggal di Amerika Syarikat ketika suaminya hendak menyelesaikan program doktor falsafahnya di sana. Kini keduanya menetap di Kaherah.
Berikut adalah wawancaranya dengan media Ikhwanonline.net
Dr. Mursi menyatakan dalam beberapa kali wawancara bahwa anda adalah penasihat khususnya. Apakah dia minta nasihat anda sebelum dilantik menjadi calon presiden. Apa reaksi anda dan anak-anak anda ketika itu?
Tentu sahaja, sebelumnya tidak ada di antara kami yang terfikir akan isu pencalonan presiden beliau, apalagi Jamaah Ikhwanul Muslimin dan Parti Kebebasan dan Keadilan pada mulanya menetapkan untuk tidak menaikkan sesiapapun dari mereka untuk dicalonkan sebagai presiden.
Namun keputusan berubah apabila parti dan jamaah telah mengangkat Khairat Syatir untuk maju dalam pemilihan presiden.
Kami sudah cukup gembira ketika itu, Allah telah membebaskan kami dari tanggungjawab berat tersebut sambil kami tetap akan mengerahkan segala potensi dan kekuatan untuk menjayakan program tersebut, tetapi dalam kedudukan sebagai 'perajurit' bukan kerana ingin ke depan.
Namun oleh kerana jamaah dan parti bekerja berdasarkan sistem dan mereka meramalkan akan berlaku permainan dan muslihat politik, maka perkara tersebut menjadi alasan untuk mengetengahkan suami saya Dr. Muhammad Mursi untuk menunaikan tugas dan projek ini jika ternyata Ir. Khairat benar-benar dilarang.
Ketika penolakan terhadap Syatir benar-benar berlaku, perkara tersebut semakin menguatkan bahwa kita bekerja bukan kerana jawatan, tetapi berjuang kerana Allah Ta'ala. Buktinya Syatir menerima keputusan penolakan terhadap dirinya dan berjuang bersungguh-sungguh untuk berkempen bagi pihak Dr. Mursi.
Apakah anda merasa tersinggung dengan julukan sebahagian orang yang mengatakan bahwa Dr. Mursi adalah 'Tayar Ganti'?
Sama sekali tidak, kerana pemilihan tersebut bukan menunjukkan urutan keutamaan. Ertinya bahwa keduanya adalah layak, sedangkan pengganti tidak semestinya lebih lemah. Istilah 'tayar ganti' adalah bahasa media, sedangkan jamaah tidak memilihnya untuk menjadi 'tayar ganti', akan tetapi untuk menghadapi muslihat dan permainan politik.
Bagaimana keluarga menghadapi keputusan jamaah yang menetapkan Dr. Mursi sebagai calon presiden?
Meskipun tabiat manusia pada umumnya tidak menyukai ujian, tetapi kami menyambutnya dengan cinta, ridha dan qanaah.
Kami semuanya sepakat dengan keputusan jamaah tetapi pada awalnya, ketika mereka mengajukan tawaran pencalonan presiden terhadap Dr. Mursi bersama Ir. Khairat Syatir, kami berdua merasa sangat khuatir akan mengalami berbagai perancangan jahat maka saya katakan kepadanya, "Mengapa engkau menerima perkara tersebut berlaku pada Ir. Khairat Syatir sedangkan engkau tidak bersedia menerimanya pada dirimu?"
Hal ini bukan bererti kami tidak boleh risau, bagaimanapun kami sebagai manusia apalagi keputusan diambil dalam waktu yang sangat singkat. Kesimpulannya, kami akan sokong setiap calon dari Ikhwan, apakah dia Dr. Mursi atau Syatir atau lainnya, dengan segenap kemampuan yang kami miliki, samada berupa ucapan mahupun gerakan hingga ke akhirnya.
Apakah anda tidak khuatir akibat yang perlu anda bayar beserta keluarga dari pencalonan ini?
Kami sudah benar-benar sedari apakah risiko yang akan kami tanggung, tetapi semua itu menjadi ringan jika dibandingkan dengan apa yang akan kami berikan kerana Allah dan umat ini.
Demikianlah kami belajar dari Jamaah Ikhwan, bahwa kemaslahatan umat didahulukan dari kemaslahatan peribadi. Oleh yang demikian, kami bersedia menanggung berbagai risiko dengan kurnia Allah, 'Siapa yang berjuang kerana Allah, akan diberikan keteguhan saat menghadapi ujian.'
Apa yang anda ketahui tentang karakteristik seorang ketua negara yang terdapat pada Dr. Mursi?
Dr. Muhammad adalah seorang ahli politik yang matang. Walaupun dalam kesibukannya, beliau sentiasa memberi perhatian terhadap berbagai perkembangan dan masukan serta analisa yang beraneka ragam. Dari hari ke hari saya melihat sifat-sifat kenegarawanannya semakin tumbuh untuk memikul jawatan sebagai Ketua Negara.
Ditambah pula dengan bakat kepimpinan dan pentadbiran dengan semangat tinggi serta kesetiaan yang besar terhadap negara dan rakyatnya.
Itu semua diraih berkat kesungguhan dan kemahuan kuat untuk meraih prestasi demi prestasi seraya memohon pertolongan kepada Allah, sabar menghadapi ujian dan pengendalian diri ketika mengalami peristiwa besar dan merenung untuk mendapatkan penyelesaian terbaik agar dapat keluar dari berbagai krisis dalam keadaan terbaik.
Dr. Mursi sering menyatakan bahwa anda merupakan prestasi terbesar yang diraihnya dalam hidup. Bagaimana komentar anda?
Ini semua merupakan kurniaan dari Allah terhadap keluarga kami yang diberikan nikmat berupa taufiq, cinta dan kasih sayang. Dr. Muhammad sebagaimana orang Mesir katakan adalah 'orang hebat, anak dari orang-orang hebat'.
Dia selalu mengenang perjuangan saya ketika saya mengikutinya ke Amerika setahun setengah setelah perkahwinan kami di Mesir. Ketika itu dia sedang menyelesaikan program PHDnya.
Ketika itu saya mengerahkan segenap kemampuan untuk membantunya dalam menyelesaikan tugas dan meraih prestasi terbaik. Meskipun misi tersebut sangat berat, kami tetap rajin berdakwah sebelum akhirnya kami meninggalkan berbagai tawaran Amerika yang menggiurkan untuk kemudian kami pulang ke negara kami agar dapat mempersembahkan segenap kesungguhan kepada negara kami.
Inilah yang kami utamakan. Di sini kami melalui kehidupan yang sangat berat, berupa ugutan rejim lama, kezaliman, penahanan serta berbagai ancaman lain. Namun, Allah telah memberikan kami kurniaan kesabaran, keteguhan dan kejayaan atas kemurahan dan kurniaNya.
Pelajaran apa yang diperolehi oleh keluarga Mursi dari pengalaman pilihanraya sebelumnya?
Pada pilihanraya tahun 1995 yang diselenggarakan tanpa kehadiran pengawasan dari mahkamah serta kemungkinan berlakunya berbagai penipuan, kami dapat belajar dari Dr. Mursi bahwa seseorang perlu mengerahkan segala usahanya terlebih dahulu, sedangkan hasilnya ada di sisi Allah.
Sedangkan jamaah memiliki matlamat yang sangat banyak yang ingin diwujudkan bagi umat ini. Di antaranya adalah keberadaan mereka di kerusi parlimen. Oleh kerana itu, jamaah mendorong setiap anggotanya agar mendampingi rakyat dan sentiasa berkomunikasi dengan mereka.
Yang kedua kami belajar darinya bagaimana menghormati keputusan jamaah. Ketika jamaah memintanya untuk diajukan sebagai calon pada pilihanraya tahun 2000, beliau tetap menerimanya walaupun baru sembuh dari sakit ketika itu. Beliau tidak pernah menolak permintaan Ikhwan. Ketika itu saya merasa berat, kerana saya tahu bahwa rejim lama tidak akan membiarkan keberadaannya di kerusi parlimen.
Banyak keluarga anggota parlimen yang mendapatkan kemudahan istimewa. Bagaimana keadaan keluarga Mursi ketika dia duduk di kerusi parlimen selama 5 tahun?
Selain berharap pahala dari Allah, tidak ada kemudahan yang kami dapatkan selain gangguan dan ancaman kerana dia merupakan tokoh dan anggota parlimen yang paling kehadapan. Anak saya, Ahmad, lebih dari sekali ditahan sebagai usaha ugutan terhadap bapanya agar tidak lagi mencalonkan diri pada pilihanraya berikutnya.
Begitu juga saudaranya, Usamah, sempat ditahan, dicolek pada malam hari oleh pihak unit khas dan mendapatkan perlakuan yang kasar, ketika itu beliau sedang menuju ke masjid untuk menemui saudaranya. Ini ditambah pula dengan berbagai isu lain yang dikaitkan dan sering disebarluaskan. Di antaranya isu bahwa dia melantik anak perempuannya sebagai dekan, padahal dia sendiri dalam kumpulannya yang disingkirkan. Perlantikannya berlaku semata-mata kerana sebuah peristiwa.
Serangan media akhbar sangat keras terhadap calon dari Parti Kebebasan dan Keadilan. Apakah anda tidak khuatir? Sejauh mana pengaruhnya pada keluarga anda?
Allah Azza wa Jalla sentiasa menggagalkan setiap usaha yang dikerahkan untuk mencari aib seseorang. Media di sini memang terkenal zalim dan telah hilang kredibilitinya, mereka sering memihak dan mencipta isu-isu. Hingga kini saya belum dapat mengembalikan kepercayaan terhadap akhbar Mesir kerana seringkali mereka menyebar berita bohong tentang keluarga kami.
Meskipun demikian, saya masih merasakan kemuliaan Islam dan semakin menambah keyakinan saya bahwa saya berada di jalan yang benar kerana saya benar-benar yakin terhadap program Ikhwanul Muslimin. Bagi mereka yang mengamati sirah dengan baik, akan mengetahui bahwa beginilah sunnatullah, bahkan para rasulpun menghadapi berbagai ujian. Dan hal ini akan semakin menambah kekuatan bagi kami.
Tersebar isu bahwa Dr. Mursi melarang anda untuk meneruskan kuliah. Apakah perkara itu benar?
Saya pergi ke Amerika setelah saya menyelesaikan pendidikan menengah atas. Di sana saya belajar bahasa Inggeris secara khusus. Setelah itu saya bekerja tanpa gaji sebagai penterjemah secara langsung bagi para wanita muallaf Amerika dalam pengajian mereka di Bait Thalib Muslim di Los Angeles.
Pada mulanya setelah kembali dari Amerika saya berniat untuk meneruskan kuliah, tapi akhirnya saya lebih memilih untuk sepenuh masa dalam mendidik anak-anak saya. Akhirnya saya dan anak-anak dapat menyelesaikan hafalan Al-Qur’an. Saya memberikan mereka pelajaran hingga sekolah menengah atas. Dari sinilah saya mulai melakukan aktiviti dakwah bersama jamaah Ikhwan. Itulah pekerjaan saya.
Adapun Dr. Muhammad, tidak pernah melarang saya untuk meneruskan pelajaran dan tidak melakukan campur tangan dalam masalah ini. Justeru sebaliknya, apabila saya memintanya untuk memperkukuhkan kembali kemampuan bahasa Inggeris saya, dia memberi memotivasi kepada saya.
Mendapatkan kewarganegaraan Amerika adalah mimpi bagi orang yang bekerja dan tinggal di sana. Apakah anda pernah berusaha untuk mendapatkannya?
Sebagaimana yang diketahui bahwa undang-undang Amerika menetapkan bahwa sesiapa yang dilahirkan di negara Amerika akan mendapatkan kewarganegaraan Amerika. Inilah yang berlaku kepada kedua anak kami, Ahmad dan Syaima.
Adapun saya dan Doktor, sebenarnya mudah sekali bagi kami untuk mendapatkan kewarganegaraan tersebut, akan tetapi tidak selangkahpun yang kami tempuhi untuk itu. Saya cabar sesiapa sahaja yang dapat menghadirkan bukti bertulis yang menunjukkan bahwa kami adalah warganegara Amerika. Oleh kerana itulah kami dapat membantah orang-orang yang menuduh kami dalam masalah ini, kerana mereka tidak mendapatkan satu bukti pun.
Apakah anak-anak anda memanfaatkan kewarganegaraan Amerika mereka?
Kewarganegaraan anak-anak tidak kami gunakan sama sekali. Ketika Ahmad dipenjara, salah seorang aktivis kemanusiaan menasihatinya agar menghubungi kedutaan Amerika, mereka akan mengatur proses pembebasannya sekarang juga.
Maka dia terus menjawab, "Saya adalah warga Mesir, hidup di negara Mesir dan akan memilih Mesir."
Itu pula yang dijawab oleh Mursi, meskipun dia tidak mendengar ucapan Ahmad.
Dia berkata,
"Anak saya adalah warga Mesir, apa yang berlaku pada teman-temannya, berlaku pula padanya. Saya tidak akan minta tolong dengan institusi di luar Mesir untuk campur tangan dalam urusan dalaman negara Mesir walaupun mereka bertindak zalim kepada kami."
Mengapa Dr. Mursi memutuskan untuk menamatkan urusan pelajarannya di Amerika Syarikat dan kembali ke Mesir?
Ketika Doktor menyelesaikan masa kuliahnya di sana, yang selalu terbayang dalam fikirannya adalah bagaimana memberikan manfaat kepada masyarakatnya dari ilmu yang dia raih, apalagi dia menghendaki untuk kembali ketika anak-anaknya masih dalam masa pertumbuhan agar mereka terdidik di sana.
Ketika kami kembali, Ahmad masih berusia 4 setengah tahun sedangkan Syaima berusia 2 setengah tahun. Setelah itu kami tidak pernah mengunjungi Amerika lagi. Kami tinggalkan Universiti Amerika yang menawarkan berbagai macam tawaran. Lalu beliau kembali ke Universiti Zagazig yang ketika itu masih dalam peringkat permulaan.
Apakah anda tidak menolak keputusan tersebut?
Pada mulanya saya menentangnya, khususnya anak-anak ketika itu masih dalam usia yang tidak perlu dikhuatirkan. Apalagi saya tahu bahwa Doktor ketika itu sangat menyukai pelajaran dan melakukan kajian di mana segala kemudahan tersedia di Amerika. Namun ketika itu dia menjawab bahwa dia ingin agar permulaan pertumbuhan anak-anaknya seperti anak-anak di negaranya.
Bagaimana menurut anda peranan isteri bagi seorang Presiden setelah revolusi?
Saya ingin tetap berada di tengah-tengah masyarakat, hidup seperti mereka hidup dan mendengarkan keluh kesah mereka sepertimana perkataan Sayyidina Umar, "Seandainya ada seekor keledai tersesat di Irak, niscaya saya akan ditanya oleh Allah."
Bagaimana halnya dengan manusia yang tidak mendapatkan segelas air bersih atau tidak mempunyai pembiayaan untuk berubat?!
Ada masyarakat yang masih hidup di bawah paras kemiskinan. Merekalah kelompok pertama yang akan menjadi perhatian saya dalam ruang lingkup sosial di luar institusi dan itulah yang selama ini saya ceburi dalam bidang sosial selama sekian tahun di sektor wanita dalam jamaah Ikhwan.
Bagaimana dengan kegiatan dakwah anda?
Saya akan tetap berdakwah dan tidak mungkin saya tinggalkan kerana inilah hidup saya selama 30 tahun.
Apakah anda pernah mengimpikan menjadi wanita nombor satu di Mesir? Bagaimana perasaan anda sekarang?
Julukan itu saya tolak sama sekali. Julukan itu berlaku untuk Jihan Sadat dan Suzan Mubarak di mana kedua-duanya ikut campur tangan dalam segala urusan samada politik atau ekonomi.
Islam mengajarkan bahwa Presiden Mesir berikutnya adalah pelayan Mesir nombor satu, maka itu ertinya bahwa isterinya juga adalah merupakan pelayan wanita Mesir nombor satu.
Setelah sekian tahun hidup dalam kezaliman yang dialami oleh keluarga Dr. Mursi, apa yang anda rasakan ketika menyaksikan kejatuhan diktator Mubarak?
Ketika itu saya ingat firman Allah Ta'ala,
"Katakanlah, Ya Allah pemilik segala kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari siapa yang Engkau kehendaki." (QS Ali Imran : 26)
Darinya kami mengambil pelajaran bahwa kekuasaan tidak akan berterusan pada seseorang. Dan kekuasaan, jika Allah kehendaki berakhir, maka Dia akan mencabutnya, setelah Dia memberinya dengan mudah, disamping hal itu merupakan kehendak rakyat yang telah dizalimi selama masa kekuasaan diktator, agar hati mereka senang. Khususnya Khairat Syatir dan Hasan Malik yang terlambat dibebaskan.
Ketika saya melihat pemimpin yang digulingkan itu berada di atas katilnya di ruang tertuduh, dengan berbagai usaha peguam untuk menyembunyikannya dari pandangan, saya ingat bagaimana Khairat Syatir dahulu ketika di sidang perbicaraan dengan kepala tegak. Semua itu memberikan keyakinan pada saya bahwa pertolongan Allah itu pasti datang.
Bila anda akan mengatakan kepada Dr. Muhamad Mursi, 'Cukup sudah kerja anda sampai di sini?"
Saya tidak akan mengatakan kepada doktor, 'Cukuplah kerja anda sampai di sini' kerana Islam mengajarkan kepada kami untuk sentiasa beramal hingga akhir kesempatan. Ini disebabkan kami beramal kerana Allah. Saya tidak dapat melihat Dr. Mursi tidak beramal. Apabila itu berlaku, justeru saya merasa ada yang aneh padanya.
Sebagai penutup, apa yang ingin anda katakan kepada suami anda?
Semoga Allah menolongmu memikul tanggungjawab ini dan memberimu keteguhan dan keridhaan serta menjadikan kami sebagai penolongmu di jalan tersebut.
Ya Allah, tetapkanlah kaki kami di jalan dakwahMu dan berikanlah kami sifat istiqamah beramal untuk melaksanakan segala tuntutan dan perintahMu. Kurniakanlah kemenangan kepada golongan mukminin yang sebenar sehingga syariatMu akan tertegak semula di bumi Mesir dan di bumi-bumi lain di seluruh dunia sehingga kalimahMu tegak berdiri dan memayungi setiap insan di dunia bagi merealisasikan “Rahmatan Lil Alameen”.
Jumaat, 10 Jun 2011
TOPS IKRAM KEDAH

Program Training Of Palestinians Specialists(TOPS)Utara telah diadakan di Dewan Besar Pusat Pendidikan al-Islah pada 28 Mei 2011 dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Kursus ini dihadiri oleh para peserta daripada ahli IKRAM negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
IKRAM Kulim turut menghantar peserta seramai 10 orang yang diketuai oleh Sdr Mohd zamri Shamsuddin selaku Pengerusi Aqsa syarif IKRAM Kulim.
Kursus sehari ini dikendalikan oleh AQSA SYARIF Kedah yang diketuai oleh Akhi Abd Wahab Yahya. Penceramah utama dalam kursus ini ialah Pengerusi Aqsa Syarif Pusat iaitu Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor.
Dua orang lagi penceramah ialah Sdr Hj Taufik dan ustaz Rofazlin yang memberi perkongsian tentang A2G kerana mereka turut serta dalam konvoi tersebut.
Selasa, 5 April 2011
KBM 2011 Berakhir Sudah

Program Motivasi Bersepadu , Keindahan BersamaMu (KBM) 2011 telah selamat berjalan dengan lancarnya pada 1-2 April yang lalu. Program ini melibatkan semua pelajar Islam tingkatan 2 seramai 197 orang daripada 202 orang.
Semangat yang ditunjukkan oleh semua peserta sangat tinggi disamping sokongan guru-guru yang bergotong royong memasak.
Kerjasama daripada ibu bapa juga baik apabila ramai yang hadir pada sesi bersama waris sehingga memenuhi Dewan Samsuddin.
Moga program ini mampu memberi kesedaran kepada para pelajar dan berubah ke arah yang lebih baik serta tahu tanggungjawab sebagai, hamba Allah, umat Nabi Muhammad SAW, dan juga anak yang soleh dan solehah.
Terima kasih semua. Anda semua( pelajar, ibu bapa dan guru) memang hebat.
Isnin, 20 September 2010
Pesanan buat anak-anak yang sedang atau bakal belajar perubatan
Khusus buat:
· Anak-anak yang bergelar pelajar perubatan ( di mana jua anda berada)
· Ibu dan ayah kepada anak-anak di atas
Sedikit pesanan ini dinukilkan oleh seorang yang pernah menjadi pelajar perubatan ( 1986-1991), sudah bergelar doktor selama lebih 19 tahun, menjadi pakar O&G dan pendidik kepada ribuan pelajar perubatan selama 13 tahun. Namun belum berpeluang menjadi ibu kepada seorang pelajar perubatan lagi setakat ini.
Anak-anakku,
Kalian sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini! Betapa ramai rakan kalian yang mengidamkan kerusi yang kalian duduki sekarang ini.
Harapnya, dorongan itu bukanlah semata-mata mahu mencuba nasib, memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang bergelar `Doktor’ dalam salasilah keturunan, ataupun ingin sentiasa bersama dgn rakan karib lain yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama!
Melihat betapa berlumba-lumba kalian merebut tempat di sekolah perubatan, rasanya seperti ada kempen ` Satu Keluarga Seorang Doktor’ lagaknya.
Jangan kalian terkejut nanti – dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui.
Perubatan adalah satu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat. Kalian sendiri yang perlu mencetus keghairahan mahu menuntut ilmu, bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar. Kalian akan mulai mendengar perkataan ` self-directed learning- SDL’, student-centred education, life-long learning, community-based learning, inter-professional learning dll.
Pengajar kalian bukan hanya professor dan pensyarah perubatan, malahan yang bergelar pesakit itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar. Para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu diberi penghormatan.
Yang paling utama, akhlak kalian – menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor yang angkuh. Bertuahlah bagi kalian yang sememangnya sudah berbekal dgn didikan sempurna, penuh budi bahasa, tata tertib dan sopan santun yang tinggi semenjak dari rumah lagi. Malanglah kalian yang serba kekurangan dalam aspek ini, sekalipun kalian begitu cerdas mengumpul deretan `A+’ dalam transkrip keputusan peperiksaan saban semester.
Untuk para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,
Mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna – terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi doktor perubatan – bukan calang-calang profesyen! Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengn Rabb.. Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.
Sekiranya kalianlah menjadi SEBAB utama anak-anak berada di sekolah perubatan hari ini, sedangkan itu bukan keinginan dan minat mereka sendiri, bersedialah untuk meminta maaf kepada mereka – terutamanya jika mereka akan berhadapan dgn kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu. Sokong dan dokonglah mereka sehingga ke akhir nanti – kerana cubaan dan dugaan yang perlu anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah yang berat apabila bergelar doktor nanti!
InsyaAllah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.
Dr.Harlina Harlizah Hj Siraj

Isnin, 6 September 2010
IKTIKAF PERDANA IKRAM KEDAH
Program Iktikaf Perdana ini merupakan acara tahunan dalam bulan Ramadhan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tarbiah IKRAM Negeri Kedah. Dahulunya ia dilaksanakan oleh Biro TPSM JIM Negeri.Pada tahun ini ia diadakan pada 2-4 September bertempat di Masjid Al-Azhar, Pusat Pendidikan Al-Azhar, Jitra.
Program yang terbuka untuk semua peringkat dan juga untuk anak-anak bagi seluruh Negeri Kedah itu hanya dihadiri lebih kurang 70 orang sahaja, satu bilanmgan yang agak rendah dari jangkaan.
Antara pengisian iktikaf selain daripada tilawah, zikir, solat-solat sunat, iftar jamaie ialah sesi bedah buku dan tazkirah serta kuliah ramadhan. Buku yang dikupas pada kali ini ialah Syahadaatul Haq karangan Almarhum Abul 'Ala Al-Maududi. Ia dikupas oleh tiga orang ustaz, Ustaz Sayuti Ramli , Ustaz Mohd Faisol Salleh dan Ustaz Mustafa Yahya.
Majlis yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu diakhiri dengan sesi rumusan dan khatam al-Quran.dalam sesi rumusan ada beberapa yang disentuh, antaranya tentang kehadiran yang mengecewakan, cadangan pengisian pada program tahun hadapan, dan juga YDP IKRAM Negeri meminta para naqib supaya memastikan anak buah usrah yang tidak hadir menulis surat tunjuk sebab kenapa tidak hadir.
Majlis bersurai selepas Solat Zohor pada jam 2.30 petang.
Jumaat, 30 April 2010
KHUTBAH JUMAAT
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Apa yang membezakan manusia dan malaikat adalah pada kemampuan manusia membuat pilihan. Keupayaannya untuk memilih kebaikan dan dalam masa yang sama menolak kejahatan, menjadikan manusia itu sentiasa berusaha menjadi lebih baik, dan memindahkan kebaikan itu kepada kehidupan di sekitarnya.
Semasa memilih kebaikan, dia mendapat kebaikan.
Semasa terpilih kejahatan, usahanya untuk kembali kepada kebaikan menjadikannya kembali baik malah bertambah baik.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) [Al-Shams 91: 7-10]
Setiap hari kita membuat keputusan. Semasa mendengar azan subuh, kita membuat pilihan pertama sama ada mahu bangun atau tidur kembali. Memilih baju, memilih kasut, memilih sarapan, dan memilih jalan. Pilihan-pilihan itulah tempat Allah menilai kita. Pilihan yang baik mengundang kebaikan. Pilihan yang jahat mengundang sesal lagi mudarat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Bagaimanakah pilihan-pilihan kita setakat ini?
Pilihan semasa hidup susah.
Pilihan semasa hidup senang.
Semasa susah kita tiada banyak pilihan.
Semasa senang, kita diuji dengan banyaknya pilihan. Antara Halal dan Haram, antara Kufur dan Iman.
Merujuk kepada kisah Nabi Allah Yusuf alayhi al-Salaam, baginda berada di dalam ujian yang berat semasa terkurung dalam buangan di lubang telaga akibat konspirasi adik beradiknya. Bayangkan, seorang budak, terpisah daripada ibu bapanya, terbuang ke telaga buta, siang dan malam dalam kegelapan dan sendirian, apakah ada yang lebih teruk untuk dialami oleh seorang budak seperti Yusuf?
Tetapi semasa di dalam telaga, Yusuf tiada banyak pilihan. Bersabar adalah satu-satunya cara untuk baginda bertahan. Baginda terpaksa bertahan. Terpaksa bersabar. Itu sahaja pilihan yang ada.
Akan tetapi, ujian yang menjadikan Yusuf seorang insan pilihan Allah yang begitu hebat adalah semasa baginda di istana Mesir.
Di dalam telaga, Yusuf diuji.
Di dalam istana, Yusuf masih juga diuji.
Hidup adalah ujian.
Firman Allah:
“Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itu pun menutup pintu-pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu”. Yusuf menjawab: “aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); Sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya” [Yusuf 12: 23]
Benar!
Itulah saat paling genting buat Yusuf.
Diuji dengan pilihan.
Wanita bangsawan yang selama ini menjadi ibu angkatnya, menyerahkan diri untuk dijamah dengan zina. Sedangkan Yusuf ada banyak peluang. Beliau adalah anak asing di bumi Mesir. Tiada ibu bapa, tiada adik beradik dan saudara mara, tiada muka yang bakal diconteng arang!
Saat itu, Yusuf diuji, menerima zina yang enak untuk sebuah kecenderungan nafsu, atau menolaknya dengan kuasa Iman.
“Datanglah kepadaku” kata wanita yang digelar Zulaikha itu.
“Aku berlindung dengan Allah!” itulah jawapan Yusuf.
Engkau selama ini adalah ibu angkatku, engkau memberiku bumbung untuk berteduh, engkau memberiku lantai tempat bersantai, engkau memberiku makan dan minum, engkau tuanku tetapi ALLAH adalah TUHANKU!
Sesungguhnya Dia telah melindungiku selama ini, dan tidak akan berjaya orang-orang yang zalim!
Itulah penegasan Yusuf. Baginda berjaya dalam ujian pilihannya. Memilih untuk menolak zina, semata-mata kerana IMAN.
Sidang Jumaat sekalian,
Ramai di kalangan kita yang bertahan dalam ujian kesusahan.
Tetapi bagaimana dengan ujian kesenangan?
Hari ini, anak-anak muda di Universiti boleh mendapat wang secara mudah melalui pilihan zina. Menyerah diri menjadi pelayan seks kepada manusia-manusia keji yang berwang, membolehkan mereka mengatasi masalah kekurangan wang pinjaman, memakai telefon bimbit mewah, menukar motorsikal kepada kereta dan memakai pakaian berjenama, hanya dengan berkata YA kepada peluang yang terbentang di depan mata. Buat kerja paling sedap, dapat hasil paling mantap!
Daripada Ibn Masoud radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Sesungguhnya di antara perkara yang diketahui oleh sekalian manusia daripada kalam nukilan Kenabian ialah: Jika kamu sudah tiada rasa malu, maka buat sahajalah apa yang kamu suka! [Hadith riwayat al-Bukhari]
Malu yang datang dari Iman.
Namun, apakah caranya untuk anak-anak muda kita memiliki keyakinan seperti Yusuf? Keyakinan bahawa Allah tidak akan sekali-kali memberi kejayaan hidup kepada manusia yang zalim. Keyakinan untuk berkata TIDAK kepada ZINA!
Jauh dari keluarga, seperti jauhnya Yusuf dari bumi Palestin, bagaimanakah anak perantau di Menara Gading boleh menolak zina yang pada hari ini, zina itu lebih mudah berbanding jalan yang halal?
Tiadalah jawapan lain, kecuali kembali kepada IMAN.
Iman yang membimbing kita membuat pilihan dalam kehidupan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya itulah hikmah mengapa kita diberi peringatan tentang TAQWA, saban minggu di Mimbar Jumaat ini.
TAQWA seperti yang dijelaskan dalam perbualan Ubai bin Kaab bersama Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhuma.
Umar al-Khattab telah bertanya kepada Ubai bin Kaab radhiyallahu ‘anhuma tentang TAQWA. Lalu Ubai menjawab dengan menyoal: Apakah engkau pernah menempuh jalan yang banyak duri? Umar menjawab: Sudah tentu. Lalu Ubai bertanya lagi: Justeru apakah yang engkau lakukan? Umar membalas: Aku akan melangkah dengan teliti dan berhati-hati. Kata Ubai: Maka demikian itulah maksud TAQWA.
Sesungguhnya hidup kita ini adalah sebuah perjalanan. Di kiri dan kanannya ada banyak duri, banyak cabaran. Ada duri yang mengundang luka, yang berkehendakkan kita supaya berada di tahap sedar yang tinggi, serta sentiasa mampu mengawal diri.
Sedarlah!
Kawallah!
Hidup ini menuntut kita membuat pilihan.
Pilihlah jalan yang memberi bahagia Dunia dan Akhirat.
Jauhilah pilihan yang buta, mencari sedap yang seketika, tetapi derita selama-lamanya.
Jangan banyak memberi alasan.
Semakin banyak memberi alasan, semakin hilanglah daripada hidupmu, rahmat dan bantuan Tuhan.
SAIFULISLAM

Semua pihak bertanggungjawab – Raudhatus Sakinah
TM Lim
KUALA LUMPUR, 23 Mac – Pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim mengenai jumlah anak luar nikah di Malaysia baru-baru ini benar-benar menakutkan. Ia membuktikan gejala sosial yang berlaku di negara ini semakin membarah. Ia juga memberi isyarat bahawa setiap orang perlu berganding bahu menganjurkan kebaikan serta mencegah kemungkaran (amar makruf nahi mungkar) dalam masyarakat.
Alwi, sebagaimana yang disiarkan dalam sebuah portal berita media perdana Ahad lalu berkata, seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun 2009.
Pengarah Raudhatus Sakinah (RS), Puan Rosmawati Zainal menjelaskan, tanggungjawab membimbing dan menegur remaja yang terjebak dengan gejala sosial ini terpikul ke atas setiap orang Islam yang beriman. Hal ini kerana jumlah remaja terlalu ramai. Dianggarkan daripada seluruh penduduk dunia, 25% terdiri daripada remaja berusia 10-19 tahun.
“Bayangkan angka 17,303 itu cuma dalam masa setahun, dan yang lebih menyedihkan berbangsa Melayu. Angka ini terlalu besar dan menakutkan. Kami di Raudhatus Sakinah sejak 1998 hingga 2010 baru dapat membimbing 447 orang remaja perempuan, bermakna banyak lagi kerja kita. Kerja ini pula mesti dilakukan oleh semua pihak. Menghidupkan rumah perlindungan hanya dapat membantu mangsa (perempuan). Bagaimana halnya dengan pasangan mereka (lelaki) dan remaja lain yang lebih ramai di luar sana?” soalnya.
Katanya lagi, RS mahu melangkah jauh ke hadapan. Kempen ‘Anda Bijak Jauhi Zina’ yang sedang dijalankan sekarang berusaha menyedarkan remaja tentang bahaya zina, penyakit kelamin dan bagaimana mengurus cinta dengan betul.
“Cinta itu bukan setakat antara sesama manusia. Mereka lupa yang pertama sekali mestilah cinta kepada yang mencipta cinta itu sendiri iaitu Allah.”
Visi RS ialah ‘ke arah gejala sosial sifar menjelang 2020′. Dengan perkembangan terkini ini, tidakkah nampak agak mustahil untuk mencapai visi ini? Tidakkah ia terlalu ‘ambitious‘?
“Memang, kalau kita tengok secara zahir memang mustahil. Tapi apa-apa pun kalau Allah menghendaki, ia akan berlaku. Cuma yang penting bagi kita berusaha dan terus berusaha. Sebab itulah pentingnya penglibatan semua orang, peranan masyarakat dan sokongan keluarga. Bagi pihak keluarga, jangan rasakan apa yang ada dalam rumah mereka sahaja hak milik mereka. Mereka kena tengok di luar rumah juga. Di sana, masih ada ramai anak lain yang sangat memerlukan perhatian, nasihat dan teguran.
“Bagi pihak masyarakat pula, jangan letakkan tugas amar makruf nahi mungkar ini kepada orang atau jabatan tertentu sahaja. Kita semua hamba Allah, tapi kalau tak menjadi khalifah (yang menguruskan dunia mengikut peraturan) Allah, maka tak berjalanlah kebaikan ini. Dalam al-Quran pun Allah sudah jelaskan, orang-orang yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran inilah golongan yang beruntung,” jelas Rosmawati.
Menurutnya lagi, zaman sekarang bukan zaman bercakap sahaja. Pendakwah mesti ‘walk the talk‘, menasihati dan menunjukkan teladan. Beliau memetik kisah Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam yang tidak berhenti memberi makan seorang buta di hujung kampung walaupun orang itu menghina Rasullah setiap hari. Adakah tindakan itu menjatuhkan imej baginda? Tidak. Begitulah peranan yang mesti dimainkan oleh masyarakat walaupun hari ini. Walaupun mereka berpangkat dan berimej hebat, tiada celanya mereka menegur remaja yang hidup berpeleseran bagaikan tiada matlamat hidup.
“Saya yakin jika keseluruhan masyarakat prihatin dalam membina dan membimbing remaja, gejala sosial akan berkurangan, dan sasaran sifar pada tahun 2020 itu tidak lagi mustahil. Kita kena yakin bahawa bagi Allah, ‘kun fayakun’. Yang penting tugas ini kena bermula. Selagi ia tidak dimulakan, kita tak nampak macam mana nak ubah dunia,” katanya sambil menguntum senyum.
Gejala sosial ini ibarat api yang menyala antara dua pihak. Satu pihak menyiram air untuk memadamkannya, tetapi satu pihak lagi mencurah minyak yang memarakkannya, malahan yang mencurah minyak itu lebih banyak. Tidakkah usaha RS ini dikira sia-sia dan membuang masa?
“Sesetengah orang mungkin menganggap ia kerja sia-sia, tetapi ambillah semangat daripada seekor burung yang terbang berulang-alik membawa setitik air untuk cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim alaihissalam. Akhirnya nanti kita semua akan ditanya oleh Allah apakah yang telah kita lakukan untuk membendung gejala sosial ini, dan kita terpaksa menjawabnya.”
RS tidak bermaksud untuk terus kekal di persada negara. Cita-citanya ialah menjelang 2020, RS sudah tidak diperlukan lagi (jika visi sifar gejala sosial dicapai). Malah kata Rosmawati, kalau boleh, rumah-rumah perlindungan ini tidak perlu ada lagi pada masa hadapan, tetapi buat masa ini ia terpaksa diwujudkan kerana terlalu ramai yang menjadi mangsa (kepada keadaan).
“Jadi, kalau tak mahu rumah-rumah perlindungan ini tumbuh macam cendawan, kita kena proaktif, membantu menyedarkan remaja agar kembali kepada Islam sebagai cara hidup.”
Sehubungan dengan hal itu, RS akan mengadakan ‘Malam Amal Raudhatus Sakinah’ (MARS) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 2 Mei 2010 ini. Dengan tema ‘Lelaki Pelindung Wanita’, program ini mahu menggembar-gemburkan bahawa golongan lelaki sepatutnya membimbing wanita yang tersasar, bukan mengambil kesempatan. Lelaki juga menjadi contih terbaik kepada wanita sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Persembahan akan dijayakan oleh kumpulan Demascus, Xifu, Algebra dan anak-anak remaja, manakala tetamu undangn khas ialah Penaung RS, YTM Tengku Besar Terenganu, bonda SPB Yang Di-Pertuan Agung. RS mengajak syarikat, badan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan individu tampil membantu RS dalam usaha pencegahan gejala sosial ini bersama-sama.
(Raudhatus Sakinah merupakan sebuah Pusat Perlindungan Remaja Puteri yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ditubuhkan pada tahun 1998. Sehingga kini, sebanyak empat buah pusat perlindungan remaja RS yang sedang beroperasi iaitu di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Johor.)
Sumber : Malaysia Harmoni

Ahad, 28 Februari 2010
Cuaca Bulanan JANUARI 2010
malaysia meteorological Dept
JANUARI 2010
1. Ringkasan
Keseluruhannya, negara menerima jumlah hujan yang sangat kurang daripada purata hingga sangat melebihi purata. Kebanyakkan tempat merekodkan suhu yang kurang daripada nilai purata suhu jangka panjang. Negara juga telah merekodkan jumlah sinaran suria yang tinggi dan telah menerima kadar sejatan yang rendah.
2. Hujan
Bagi jumlah hujan bulanan di Semenanjung Malaysia, Ipoh telah merekodkan jumlah hujan tertinggi sebanyak 286.0 mm sementara Bayan Lepas merekodkan jumlah hujan terendah dengan 26.0mm. Di Sarawak, Kuching telah merekodkan jumlah hujan tertinggi sebanyak 887.4 mm manakala Miri merekodkan jumlah hujan terendah dengan bacaan 273.4 mm. Di Sabah pula, Kudat merekodkan jumlah hujan tertinggi sebanyak 308.4 mm dan Tawau merekodkan jumlah hujan terendah sebanyak 130.0 mm.
Berdasarkan skema klasifikasi, terdapat 8 stesen merekodkan jumlah hujan sangat melebihi purata, 4 stesen merekodkan melebihi purata dan 13 stesen merekodkan jumlah hujan menyamai purata. Sementara itu, terdapat 5 stesen yang merekodkan jumlah hujan kurang daripada purata dan 3 stesen merekodkan jumlah hujan sangat kurang daripada purata.
3. Suhu
Pada amnya, kebanyakkan tempat di seluruh negara telah mencatatkan suhu yang rendah berbanding suhu jangka panjang untuk bulan Januari ini. Purata suhu bulanan bagi kawasan tanah rendah berjulat dari 25.3°C hingga 28.6°C seperti yang direkod di Kuala Krai dan Pulau Langkawi. Kuantan telah merekodkan sisihan positif yang terbesar iaitu +1.1°C dari normal.
Purata suhu minimum bagi tanah rendah berjulat dari 22.1°C (Kuala Krai) hingga 25.1°C (Pulau Langkawi dan Bayan Lepas). Suhu terendah yang direkodkan pada bulan Januari ialah 20.3°C telah direkodkan di Batu Embun.
Purata suhu maksimum bagi tanah rendah berjulat dari 29.2°C (Kudat) hingga 33.3°C (Alor Setar). Suhu tertinggi yang direkodkan pada bulan Januari ialah 35.7°C telah direkodkan di Alor Setar.
Satu-satunya stesen tanah tinggi, Cameron Highlands, telah merekodkan suhu berjulat dari 12.3°C hingga 24.4°C dengan suhu purata 17.5°C.
4. Sinaran Suria
Negara pada amnya telah menerima sinaran suria yang lebih tinggi dari purata. Julat purata sinaran suria harian ialah daripada 13.38MJm-2(Kuching) hingga 19.42MJm-2 (Bayan Lepas). Sisihan positif dan negatif terbesar dari normal adalah +2.05MJm-2 (Subang) dan -0.61MJm-2 (Pulau Langkawi).
5. Sejatan
Negara telah menerima kadar sejatan yang rendah pada bulan Januari ini. Purata kadar sejatan harian bagi tanah rendah berjulat dari 2.7mm/hari (Kuala Krai) hingga 6.1mm/hari (Pulau Langkawi). Sisihan negatif terbesar ialah -0.8mm/hari (Alor Setar) manakala sisihan positif terbesar ialah +0.8mm/hari (Kluang and Kudat).
Purata kadar sejatan harian di Cameron Highlands ialah 1.8mm/hari dengan sisihan sebanyak -0.2mm/hari.

Sabtu, 23 Januari 2010
Jangan Jadi Lilin

“Jadilah lilin… yang membakar diri untuk menerangi… berkorban diri demi kebaikan orang lain!” itulah ungkapan ‘indah’ yang sering disebut orang kita.
Guru umpama lilin.
Kekasih umpama lilin.
Dan pelbagai siri lilin yang lain, terbakar diri untuk memberi.
Simbol pengorbanan.
LIKU DAKWAH
Dakwah adalah jalan yang penuh liku. Dari ujian kesusahan, hinggalah kepada ujian kesenangan malah kejemuan. Dakwah adalah wasilah Tarbiyah yang ertinya pada seni membentuk manusia. Tatkala usaha itu bersabit dengan manusia, banyaklah sakitnya berurusan dengan manusia.
Semuanya ditempuh oleh pendakwah, demi matlamat Tarbiyah yang dijunjungnya, pada seni membentuk manusia.
“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”
Justeru kesakitan yang dialami oleh pendakwah adalah pada menggauli manusia, sebelum kesakitan berbentuk ujian yang datang dan pergi pada tabiat jalan dakwah.
Dakwah itu perjuangan. Perjuangan seiringan dengan pengorbanan.
JANGAN JADI LILIN YANG TERBAKAR
Dakwah boleh menyinar segar kehidupan manusia yang diseru, mengeluarkan manusia dari gelap kepada cahaya. Jalannya payah dan perlukan sabar, ketika sabar itu digelar Nabi SAW sebagai sinar mentari. Sumber kebaikan, sumber kehidupan, namun sinar hanya datang dari bakaran yang bukan sebarangan.
“… dan sabar itu adalah sinar”
Jika dakwah itu membawa sinar, maka sinar itu jugalah yang perlu dijaga. Usaha menyinari manusia dan alam, terlalu mudah membakar diri orang yang menyerunya sendiri. Manusia penyeru boleh terbakar bukan kerana berkorban, tetapi terkorban kerana hilang kepedulian terhadap tuntutan ke atas diri sendiri. Mengajak orang kepada kebaikan, tetapi membiarkan diri musnah tanpa kebaikan yang sama.
“Pendakwah seperti lilin”… mungkin bukan perumpaan yang hikmah.
Ingatlah pesan Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam, agar jangan sewenang-wenangnya kita mahu menjadi lilin:
“Perumpamaan orang yang mengajar orang ramai kebaikan tetapi melupakan dirinya sendiri adalah seperti lilin yang memberikan cahaya ke atas orang lain dan (dalam masa yang sama) membiarkan dirinya terbakar”
Lilin itu menyinar. Tetapi sinarnya hasil terbakar diri. Ia menghasilkan manfaat buat orang lain, tetapi membiarkan diri binasa. Ia membekalkan kebaikan yang dimanfaatkan oleh semua orang kecuali dirinya sendiri. Manusia lain mendapat kebaikan darinya, tetapi dirinya sendiri hancur binasa.
Lilin tidak sedar ketika sibuk menghasilkan cahaya, dirinya sendiri menuju gelita, fana’ dan binasa.
JADILAH LAMPU PELITA YANG MENYINAR
Justeru Baginda Sallallaahu ‘alayhi wa sallam berpesan dengan pesanan yang menampakkan ketelitian pada bicara dan makna, lantas bersabda:
“Perumpamaan seorang yang berilmu yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai, dan melupakan (kepentingan-kepentingan) dirinya adalah seperti lampu pelita yang memberikan cahaya untuk manusia dan membakar dirinya”
Harusnya pendakwah dan pendidik itu jadi pelita.
Gelaran Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada mereka adalah si ALIM, bukan sekadar seorang manusia. ALIM itu sandarannya ilmu. Tahu ilmu mendidik orang, tahu ilmu mendidik diri.
Perumpamaan yang baik itu ditujukan kepada seorang alim yang muallim. Seorang yang bukan sekadar tahu-tahu kemudian menyibukkan diri memberitahu, lalu mudah alpa ke atas diri sendiri. Sesungguhnya manusia seperti inilah yang sering menjadi lilin.
Akan tetapi lampu pelita menyinarkan cahaya untuk orang lain, dengan apa yang ada pada dirinya. Dirinya diberikan hak seperti yang sepatutnya, agar boleh terus bekerja dan berusaha. Ilmunya, masanya, tenaganya, semua ini menghasilkan sinar. Yang dikorbankan adalah kepentingan-kepentingan diri yang merugikan, bukannya terkorban diri kerana sibuk memberi. Terbakar itu adalah pengorbanan diri dan bukannya mangsa korban diri,
Merekalah manusia yang hidupnya dengan ilmu itu adalah untuk memberi, hidup bukan untuk diri sendiri.
PESANAN BUAT LILIN
Justeru bagi sekalian yang alpa menjadi lilin, janganlah dirimu terang sebatang hanya sepetang. Engkau harus berusaha menjadi lampu yang sentiasa mengisi diri dengan bahan bakar untuk terus bercahaya. Terbakarnya berterusan menghasilkan kebaikan, dan terus menerus berkorban, bukannya tamat kerana mangsa korban… korban sendiri yang alpa terhadap diri.
Manusia yang tidak memiliki, adalah manusia yang alpa diri, tidaklah dia mampu hidup memberi.
Banyakkan usaha mencari, sebanyak cita-citamu untuk memberi.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Langgan:
Catatan (Atom)